欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sektor Pembuatan Maklumat Elektronik China Catat Pertumbuhan Pesat Pada 2024

(CRI)Sabtu 08 Februari 2025

Agensi berita Xinhua pada Khamis melaporkan bahawa sektor pembuatan maklumat elektronik China merekodkan pertumbuhan pesat pada tahun lalu, dengan nilai tambah syarikat-syarikat utama dalam sektor tersebut meningkat 11.8 peratus berbanding tahun terdahulu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, jumlah hasil pengoperasian yang digabungkan oleh firma-firma utama sektor tersebut mengembang sebanyak 7.3 peratus dari tahun ke tahun kepada RMB16.19 trilion (atau AS$2.26 trilion) pada 2024.

Memetik data itu lagi, dalam tempoh tersebut, keuntungan yang digabungkan oleh kesemua syarikat tersebut meningkat 3.4 peratus dari tahun ke tahun kepada RMB640 bilion.

Dalam kalangan produk-produk utama, sejumlah 1.67 bilion telefon bimbit telah dihasilkan pada 2024, iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada masa sama, sekitar 1.25 bilion telefon pintar telah dihasilkan, bersamaan dengan kenaikan 8.2 peratus berbanding 2023.

Difahamkan, syarikat-syarikat utama dalam sektor tersebut mempunyai pulangan perniagaan sekurang-kurangannya sebanyak RMB20 juta.

Video

Berita Berkaitan