欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tanah Runtuh Sichuan: Tempat Permainan di Kawasan Penempatan Sementara Ukir Senyuman Pada Wajah Kanak-kanak (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Februari 2025
Tanah Runtuh Sichuan: Tempat Permainan di Kawasan Penempatan Sementara Ukir Senyuman Pada Wajah Kanak-kanak
Foto memperlihatkan tempat permainan di kawasan penempatan sementara.

Susulan insiden tanah runtuh di Provinsi Sichuan pada 8 Februari, pihak jawatankuasa Liga Belia Komunis Yibin China telah membuat inisiatif untuk membina kawasan permainan di kawasan penempatan sementara yang terletak di dalam sebuah sekolah di kaunti Junlian, bandar Yibin.

Tatkala melihat tempat permainan tersebut, senyuman nan terukir pada wajah kanak-kanak telah jelas terpampang.

“Pada pukul 3.30 awal pagi, kami membina kawasan permainan di dalam bangunan asrama sekolah. Selepas menyaksikan angka individu bertambah, kami menyedari bahawa ia tidak mencukupi dan seterusnya memindahkan ia ke khemah ini,” ujar Tang Bingxiao, timbalan setiausahanya pada Ahad.

Difahamkan, hampir 20 individu di bawah umur 18 tahun kini tinggal di kawasan penempatan sementara tersebut yang disediakan dengan pelbagai barang seperti buku dan alat permainan bagi memberi perasaan selesa buat kanak-kanak.

Menurut Tang, sukarelawan yang terdiri daripada dua wanita telah didedikasikan untuk bahagian kanak-kanak, serta enam pelajar universiti telah ditempatkan untuk memberikan kelas khusus buat kanak-kanak.

Foto-foto dari lensa kamera jurugambar People’s Daily Online, Zhao Zule ini memperlihatkan suasana di sekitar kawasan penempatan sementara itu.

Video

Berita Berkaitan