欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China akan?Laksana?Dasar Pengecualian Visa untuk Lebih Banyak Negara

(CRI)Khamis 13 Februari 2025

Dasar berkaitan perjalanan masuk negara China akan terus dioptimumkan dengan kemudahan pengecualian visa ditawarkan kepada lebih banyak negara.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu.

Menurut statistik, China merekodkan kira-kira 3.43 juta pelancong dari 175 buah negara dan wilayah sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025. Angka itu meningkat 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Guo berkata, sama-sama meraikan dan menghayati budaya dan adat resam perayaan TBC menjadi trend baharu pelancong asing. Malah pembayaran mudah alih turut disediakan kepada pelancong asing di bandar pelancongan utama di China.

China telah memperkenalkan lebih 110 langkah bagi merancakkan perjalanan rentas sempadan, di samping melaksanakan dasar pengecualian visa secara sepihak untuk 38 buah negara serta kemudahan transit tanpa visa bagi tempoh 240 jam.

Dasar-dasar berkenaan memperlihatkan komitmen China untuk melaksanakan keterbukaan bertaraf tinggi, dan merupakan langkah praktikal untuk membina ekonomi dunia yang terbuka.

Video

Berita Berkaitan