欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Siap Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 Tahun Ini

(CRI)Khamis 13 Februari 2025

Terdapat dua kapal angkasa lepas yang akan dilancarkan China tahun ini, iaitu Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 yang dijangka mengekalkan keberadaan di orbit selama setengah tahun untuk menjalankan eksperimen saintifik secara menyeluruh termasuk melakukan aktiviti luar kenderaan (EVAs).

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Angkasa Persekutuan Astronautik Antarabangsa, Yang Yuguang di Beijing pada Rabu.

"Pada masa ini, senarai kru untuk kedua-dua kapal angkasa tersebut telah ditetapkan, dan baik kru pilihan pertama mahupun kru pilihan kedua sedang berhempas-pulas menjalani latihan yang intensif," ujar Yang.

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) mewartakan semalam bahawa sut angkasawan untuk pendaratan bulan dinamakan "Wangyu" dan kenderaan perayau bulan dinamakan "Tansuo".

Wangyu bermaksud "Memandang ke Alam Semesta" dan Tansuo yang bermakna "Penerokaan", bertepatan dengan misi penerokaan bulan yang diperjuangkan negara China.

Jurutera Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa China (CASC), Zhang Chongfeng berkata, pihaknya telah menyelesaikan eksperimen teknologi demonstrator kenderaan perayau bulan di permukaan bulan simulasi, dan akan menumpukan kepada perincian dalam reka bentuk berkenaan serta ujian kejuruteraan seterusnya.

China sudah merancangkan pendaratan bermanusia di bulan demi pelaksanaan tugasan yang pelbagai menjelang tahun 2030, sekali gus secara mandiri membentuk landskap penerokaan bulan dengan menggunakan kenderaan bermanusia.

Video

Berita Berkaitan