欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Gesa AS Betulkan Kesalahannya Berhubung Isu Taiwan

(CRI)Selasa 18 Februari 2025

China menggesa Amerika Syarikat (AS) segera membetulkan kesalahnnya, mematuhi prinsip satu-China dan tiga kenyataan bersama China-AS, serta menangani isu Taiwan dengan berhati-hati.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Isnin sebagai respons terhadap semakan AS terhadap senarai fakta mengenai hubungannya dengan Taiwan.

Tegas Guo, hanya ada satu China sahaja di dunia dan Taiwan adalah sebahagian daripada China dan kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh China.

"Ia adalah konsensus yang disepakati di arena antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, dan juga komitmen serius yang dibuat AS dalam tiga kenyataan bersama China-AS.

"Fakta sejarah tidak boleh dinafikan, dan kebenaran tidak boleh diputarbelitkan,” kata jurucakap itu.

Guo juga menyifatkan langkah Jabatan Negara AS mengemaskini lembaran fakta mengenai hubungan dengan Taiwan sebagai menghantar isyarat yang salah kepada kumpulan pemisah "kemerdekaan Taiwan."

"Kami (China) menggesa AS menghentikan tindakan bersekongkol dan menyokong 'kemerdekaan Taiwan' bagi mengelakkan hubungan China-AS serta keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan terjejas lebih teruk," katanya.

Video

Berita Berkaitan