欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Komited Perkasakan Pembangunan Sektor Swasta yang Sihat dan Berkualiti

(CRI)Selasa 18 Februari 2025
China Komited Perkasakan Pembangunan Sektor Swasta yang Sihat dan Berkualiti

Usaha harus diperkasakan untuk mempromosikan pembangunan sektor swasta yang sihat dan berkualiti, kata Presiden China Xi Jinping ketika berucap pada simposium mengenai perusahaan swasta yang diadakan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, sektor swasta mempunyai prospek cerah dan potensi besar dalam perjalanan baharu pada era baharu.

Syarikat swasta dan usahawan dikehendaki memberikan sumbangan lebih besar kepada pembangunan pemodenan China, kata Xi.

Beliau menegaskan bahawa prinsip dan dasar kerajaan yang menyokong pembangunan sektor swasta tidak akan berubah dan akan dilaksanakan secara teguh.

Dalam simposium kali ini, enam wakil pemimpin perusahaan swasta telah berucap memberikan cadangan mengenai pembangunan ekonomi swasta.

Enam wakil tersebut ialah Ren Zhengfei dari Huawei; Wang Chuanfu dari BYD; Liu Yonghao dari New Hope; Yu Renrong dari Will Semiconductor; Wang Xingxing dari Unitree Robotics; dan Lei Jun dari Xiaomi.

Setelah mendengar ucapan wakil-wakil tersebut, Presiden Xi menyatakan bahawa ekonomi swasta telah mencapai skala yang amat besar, sementara memainkan peranan yang amat signifikan di negara ini.

Sistem sosialis bercirikan China mempunyai kelebihan yang ketara dalam pelbagai aspek, dan sistem ekonomi pasaran sosialis serta sistem undang-undang sosialis bercirikan China terus diperkukuh dan dioptimumkan. Ini akan menyediakan jaminan kukuh untuk pembangunan ekonomi swasta, tegas Xi.

Video

Berita Berkaitan