欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xinjiang Buka Penerbangan Antarabangsa ke Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 Februari 2025

China Southern Airlines akan membuka penerbangan antarabangsa berjadual tetap pertama antara Xinjiang dengan Malaysia, menerusi laluan Urumqi-Guangzhou-Kuala Lumpur.

Laluan yang dijadualkan beroperasi secara rasmi bermula 24 Februari akan datang, diyakini akan memudahkan lagi kegiatan ekonomi dan perdagangan serta pertukaran budaya dan pelancongan antara China dengan Malaysia.

Berkod CZ5065/6, penerbangan tersebut akan beroperasi setiap Isnin dan Sabtu menggunakan pesawat Boeing B737-8.

Penerbangan pergi, CZ5065, berlepas dari Urumqi pada 10.45 pagi dan singgah di Guangzhou pada 3.50 petang sebelum menyambung perjalanan pada 5.25 petang dan mendarat di Kuala Lumpur pada 9.50 malam. Penerbangan balik, CZ5066, berlepas dari Kuala Lumpur pada 8.05 pagi, tiba di Guangzhou pada 12.05 tengah hari, berlepas dari Guangzhou pada 3.15 petang dan tiba di Urumqi pada 8.55 malam.

Susulan langkah China dan Malaysia melanjutkan tempoh pengecualian visa antara satu sama lain, kedudukan Malaysia sebagai sumber pelancong asing yang penting bagi Xinjiang semakin meningkat. Selepas pembukaan laluan penerbangan baharu tersebut, masa perjalanan pergi balik antara Urumqi dengan Kuala Lumpur akan dipendekkan dengan ketara, sekali gus merancakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia melalui “koridor ekonomi udara” ini.

Sebuah pesawat China Southern Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu Urumqi, Xinjiang. (Foto/VCG)

Sebuah pesawat China Southern Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu Urumqi, Xinjiang. (Foto/VCG)

Video

Berita Berkaitan