欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tindakan AS Berikan "Kejutan Tarif" kepada Dunia

(CRI)Rabu 19 Februari 2025

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sewenang-wenangnya mengenakan tarif tambahan secara unilateral kepada rakan dagang termasuk China, telah memberikan "kejutan tarif" kepada seluruh dunia.

Demikian dinyatakan Wakil China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Li Chenggang pada sesi pertama Majlis WTO tahun 2025 di Geneva pada Selasa.

Menurut beliau, perbuatan Washington telah melanggar peraturan pertubuhan berkenaan, mengganggu perdagangan global, malah berkemungkinan menggoyangkan sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan.

Justeru China menentang keras perbuatan sedemikian dan mendesak AS untuk membetulkan kesilapan mereka.

Sementara itu, lebih 30 anggota WTO termasuk Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Brazil dan Rusia menyatakan kebimbangan terhadap perbuatan unilateral itu.

Manakala Kanada, New Zealand dan Singapura menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak kembali ke era politik kuasa besar dan "hukum rimba".

Video

Berita Berkaitan