欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wang Yi Hurai Pendirian China dalam Isu Palestin

(CRI)Isnin 24 Februari 2025

Pihak-pihak terlibat dalam isu Palestin digesa supaya terus melaksanakan perjanjian gencatan senjata dan mempercepat rundingan susulan dengan sikap yang konstruktif.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang media di Beijing, pada Sabtu ketika diminta menghuraikan pendirian Beijing mengenai usaha menggalakkan penyelesaian isu Palestin untuk fasa seterusnya.

Wang berkata Gaza dan Tebing Barat merupakan tempat tinggal bagi rakyat Palestin, bukan cip tawar-menawar dalam mainan politik.

'Rakyat Palestin mentadbir Palestin' adalah prinsip penting yang perlu dipatuhi dalam tadbir urus Gaza pasca perang, tambah beliau.

Berhubung pembangunan semula Gaza, beliau berkata usaha harus dipergiat untuk menggariskan satu pelan yang boleh diterima semua pihak dengan memprioritikan kehendak rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza.

Wang menyatakan formula 'penyelesaian dua negara' mesti dipegang teguh oleh pihak terbabit, biarpun pelaksanaannya kini berdepan pelbagai kesulitan.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa China akan terus berusaha menggalakkan penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil dan tuntas ke arah mewujudkan ketenteraman berkekalan di Asia Barat.

Video

Berita Berkaitan