欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tindakan AS Bakal "Makan Diri Sendiri" - Penganalisis

(CRI)Isnin 24 Februari 2025

Laman web Rumah Putih pada 21 Februari lalu telah mengeluarkan memorandum dasar pelaburan "America First", mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menyusun semula dasar pelaburannya.

Kandungan utama memorandum tersebut adalah untuk mentakrifkan "kawasan larangan" bagi pelaburan dua hala antara AS dan China, serta menambah lagi halangan.

Sebagai contoh, memorandum tersebut menyatakan bahawa ia akan menghalang individu yang berkaitan dengan China daripada “membeli perusahaan dan aset penting AS”, menghadkan “pelaburan dalam bidang teknologi, prasarana penting, pertanian, tenaga dan sektor strategik AS”.

Malah mereka turut mempertimbangkan untuk “mengenakan sekatan baharu atau meningkatkan sekatan berkaitan pelaburan AS dalam bidang-bidang penting di China termasuk semi-konduktor, kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum dan bioteknologi”.

Sementara itu pihak China memaklumkan akan memantau dengan teliti tindakan AS dan mengambil langkah yang perlu untuk mempertahankan hak dan kepentingannya yang sah.

Melihat kembali beberapa tahun kebelakangan ini, AS berulang kali menggunakan "keselamatan negara" sebagai alasan untuk memperkenalkan langkah semakan pelaburan dan kawalan eksport terhadap China, bertujuan untuk melemahkan pengaruh ekonomi China dan daya pembangunan China dalam bidang sains dan teknologi tinggi.

Dari mengumumkan tarif tambahan terhadap China, hingga ke menetapkan sekatan terhadap pelaburan dua hala, AS berniat memberikan tekanan dan memperoleh keuntungan, malah mempercepat “pemutusan hubungan” kedua-dua negara dalam bidang sains dan teknologi tinggi.

Persoalannya, langkah AS tersebut akan “menjejaskan kepentingan pihak mana”?

Penganalisis berpendapat bahawa tindakan AS yang melanggar peraturan pelaburan dan perdagangan antarabangsa serta undang-undang ekonomi pasaran, akan menjejaskan imej, reputasi dan membahayakan dirinya sendiri.

Video

Berita Berkaitan