欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Anjing Robot Dikuasakan AI, Ambil Alih Tugas Pemeriksaan di Pangkalan Sayuran

Anjing Robot Dikuasakan AI, Ambil Alih Tugas Pemeriksaan di Pangkalan Sayuran
Satu anjing robot yang dikuasakan oleh AI sedang membuat pemeriksaan tentang keadaan sayur-sayuran di sebuah rumah hijau di tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden di bandar Shouguang, Provinsi Shandong, China. (People’s Daily Online/Wang Tianle)

Anjing robot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) kini telah diberikan tugas untuk membuat pemeriksaan di tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden di bandar Shouguang, Provinsi Shandong di timur China.

Difahamkan, kesemua anjing robot tersebut telah dipertanggungjawabkan bagi tugas memeriksa keadaan pertumbuhan sayur-sayuran di rumah hijau yang terletak di pangkalan itu, termasuk membuat pemeriksaan tanaman baris demi baris, mengenal pasti serangga perosak dan penyakit yang mampu menjejaskan tanaman.

Setelah menyelesaikan tugas, juruteknik tanaman pula akan menganalisis data yang dikumpul oleh anjing robot tersebut, serta menilai pertumbuhan tanaman dan keperluan terhadap kawalan perosak.

Dengan memanfaatkan asas pengetahuan pertanian terlatih AI, petani kini dilengkapi dengan maklumat berasaskan sains untuk strategi penanaman dan pengurusan perosak, sekali gus memastikan amalan pertanian yang lebih cekap dan mampan.

Seorang juruteknik sedang melaraskan tetapan pada anjing robot AI bagi membuat pemeriksaan keadaan sayur-sayuran di tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian. (People’s Daily Online/Li Dong)
Seorang juruteknik sedang melaraskan tetapan pada anjing robot AI bagi membuat pemeriksaan keadaan sayur-sayuran di tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden. (People’s Daily Online/Li Dong)
Anjing robot AI memulakan tugas membuat pemeriksaan keadaan sayur-sayuran setelah ditetapkan laluan oleh juruteknik di sebuah tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden. (People’s Daily Online/Wang Tianle)
Anjing robot AI memeriksa keadaan sayur-sayuran baris demi baris di sebuah tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden. (People’s Daily Online/Wang Tianle)
Juruteknik pertanian menaksir maklumat oleh AI tentang keadaan pertumbuhan dan keperluan kawalan perosak. (People’s Daily Online/Li Dong)
Juruteknik melaraskan pengaturcaraan anjing robot yang dikuasakan AI untuk memeriksa keadaan sayur-sayuran. (People’s Daily Online/Li Dong)
Satu anjing robot yang dikuasakan oleh AI sedang membuat pemeriksaan tentang keadaan sayur-sayuran di sebuah tapak demonstrasi ujikaji untuk teknologi pertanian moden. (People’s Daily Online/Wang Tianle)

Video

Berita Berkaitan