欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Pergiat Program Bantuan Luar Fokuskan Bidang Digital, AI

(CRI)Selasa 18 Mac 2025

China komited untuk mengembangkan penjenamaan program bantuan luar yang melibatkan bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Li Ming berkata projek usaha sama mengenai ekonomi digital dan ketersambungan pintar akan terus dilaksanakan.

Beliau memaklumkan bahawa China membantu 15 negara termasuk Pakistan, Laos, Mesir dan Uganda serta pertubuhan antarabangsa dalam membangunkan pelbagai kemudahan digital seperti telekomunikasi, jaringan Internet, pengangkutan pintar, satelit dan sebagainya.

Tanzania merupakan contoh negara yang dilengkapi infrastruktur jalur lebar menerusi projek rangkaian tetulang yang dilaksanakan atas bantuan China.

"Di Tanzania, bayaran bil telefon dan Internet kini masing-masing menurun sebanyak 58 peratus dan 75 peratus.

"Penduduk tempatan khususnya mereka dari kawasan terpencil boleh menikmati kemudahan jaringan yang lebih baik," kata Li dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Beliau menambah bahawa China bergiat aktif dalam memupuk bakat digital untuk negara membangun, dengan melancarkan hampir 300 kursus latihan bertema digital seperti Bengkel Luban yang turut menawarkan latihan berhubung AI.

Video

Berita Berkaitan