欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Perancis Sedia Kukuh Koordinasi, Tegakkan Amalan?Multilateral

(CRI)Khamis 20 Mac 2025

China bersedia untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan Perancis dan mengukuhkan penyelarasan strategik selain bersama-sama menegakkan multilateralisme jitu.

Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu ketika berbual dengan penasihat diplomatik kepada Presiden Perancis, Emmanuel Bonne menerusi panggilan telefon pada Selasa.

Wang yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, berkata China sudi bersinergi dengan Perancis untuk meningkatkan koordinasi, menjaga orde perdagangan angarabangsa serta memastikan rantaian perindustrian dan bekalan global kekal stabil.

Beliau turut menyatakan pendirian menolak hegemoni unipolar serta amalan meletakkan kepentingan sendiri di atas kepentingan bersama negara-negara lain.

Wang menekankan perlunya bertindak untuk mengelakkan dunia daripada kembali kepada undang-undang rimba.

Sementera itu, Bonne berkata Perancis menentang perang perdagangan dan perang tarif, serta bersedia menyelesaikan pergeseran perdagangan dengan China menerusi rundingan.

Menurut beliau, pihaknya komited untuk menggalakkan hubungan dagangan Perancis-China serta Eropah-China ke arah seimbang dan mampan, di samping menyumbang kepada pemeliharaan sistem dagangan global yang bersandarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Video

Berita Berkaitan