欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Konsisten dalam Dorong Globalisasi, Tingkatkan Tahap Keterbukaan

(CRI)Isnin 24 Mac 2025

China kekal bertindak pantas menuju ke arah yang betul dalam mendorong globalisasi ekonomi, meningkatkan tahap keterbukaan dan kerjasama, terus mengalu-alukan pelaburan dari perusahaan pelbagai negara, dan berusaha untuk menerajui pembangunan global secara damai.

Demikian kata Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Pembangunan China 2025 di Beijing pada Ahad.

Ketika berkongsi pandangan mengenai pembangunan ekonomi China dan trend pembangunan global, Li berkata, momentum baharu yang semakin membesar dalam pelbagai bidang pasti boleh menjadi penggerak bagi pembangunan ekonomi China yang berkekalan.

“China akan memberi tumpuan kepada usaha memperincikan penggubalan dan penguatkuasaan dasar untuk merangsang pertumbuhan pasaran, dan mengamalkan dasar ekonomi makro yang lebih proaktif untuk memberikan sokongan kukuh bagi pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

“Selain itu, China juga akan memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan terhadap sistem ekonomi dan menambah penggerak dalaman bagi memacu pembangunan,” kata beliau.

Acara itu turut diserikan dengan kehadiran kira-kira 720 orang yang termasuk Presiden Bank Pembangunan Baharu, Dilma Vana Rousseff, Presiden Bank Pembangunan Asia, Masato Kanda, serta usahawan domestik dan asing, pegawai kerajaan, pakar dan sarjana, dan perwakilan organisasi antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan