欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Dialog Strategik China-Portugal kedua Berlangsung

(CRI)Rabu 26 Mac 2025

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan dialog strategik China-Portugal edisi kedua dengan rakan sejawatnya dari Portugal, Paulo Rangel di Beijing pada Selasa.

Wang berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 perkongsian strategik komprehensif China-Portugal dan juga jubli emas hubungan diplomatik antara China dengan Kesatuan Eropah (EU).

China bersedia bersinergi dengan Portugal untuk membina hubungan bilateral yang lebih mampan, berhasil dan dinamik, di samping mendorong China dan Eropah menjadi rakan strategik yang saling mempercayai dan maju bersama.

Beliau turut menzahirkan hasrat China untuk memperkasa kolaborasi dengan Portugal dalam mempraktikkan multilateralisme, memelihara kedudukan dan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta bersama-sama mempertahankan keadilan antarabangsa.

Sementara itu, Rangel berkata Portugal mengutamakan hubungan dengan China dan berpegang teguh kepada dasar satu China.

Portugal mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di negara itu dan bersedia merapatkan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan