欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

BFA Semakin Berpengaruh

(CRI)Rabu 26 Mac 2025

Pada zaman sekarang ini yang penuh dengan perubahan drastik, Forum Asia Boao (BFA) sebagai satu platform dialog peringkat tinggi yang berpusatkan kepentingan Asia memainkan peranan yang semakin penting dalam masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh Profesor Tan Kong Yam dari Universiti Teknologi Nanyang, yang juga bekas Ketua Ahli Ekonomi Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurut Prof. Tan, berbeza dengan forum antarabangsa yang lain yang didominasi oleh negara Barat, BFA berperanan memberikan peluang kepada negara-negara membangun, terutamanya rantau Asia dan "Selatan Global" untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.

BFA penting bagi mendorong kerjasama serantau, lebih lebih lagi dalam bidang infrastruktur, perdagangan, pembangunan hijau dan ekonomi digital.

"Saya kagum dengan ekonomi China yang kekal akomodatif, dan berkembang pesat dalam sejumlah bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI).

"Kejayaan 'DeepSeek' sebagai manifestasi kemampuan inovatif China dalam bidang AI, tidak terlepas dari pelaksanaan strategi teknologi nasional, operasi pasaran yang besar, dan keserasian ekosistem domestik dalam senario global," kata Prof. Tan.

"Ia bukan sahaja menandakan daya saing China dalam bidang AI yang semakin meningkat, malah berkemungkinan menjadikan China pemacu revolusi produktiviti yang akan datang di peringkat global," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan