欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Putin Ditemui Wang Yi

(CRI)Rabu 02 April 2025

Rusia dan China harus meningkatkan kerjasama strategik dalam menghadapi pergolakan besar yang berlaku di dunia pada masa ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin ketika menerima kunjungan Menteri Luar China Wang Yi di Istana Kremlin, pada Selasa.

Putin menyatakan bahwa tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Kesatuan Soviet. Pihaknya sedang membuat persiapan dan ingin menggunakan kesempatan ini untuk melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China ke tahap lebih tinggi.

Di samping itu, menurut Putin, pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak dalam kerangka multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan BRICS.

Wang Yi pula menyatakan bahawa hubungan China-Rusia berkembang ke arah kian mampan dan stabil, sementara kepercayaan politik kedua-dua negara ditingkatkan, kerjasama pragmatik dirapatkan hingga memberikan jaminan kepada pembanguan negara masing-masing dan pemeliharaan kepentingan bersama kedua-dua negara dalam isu serantau dan dunia.

Wang menambah bahawa kerjasama China-Rusia tidak menyasarkan kepada pihak ketiga dan juga tidak akan terpengaruh oleh gangguan luar.

Hubungan antara China dan Rusia tidak akan berhenti, sebaliknya akan terus maju ke depan. Persahabatan antara China dan Rusia bukan hanya untuk masa ini, tetapi untuk masa depan yang lebih jauh.

Video

Berita Berkaitan