欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Rusia Komited Dorong Pembinaan Multi-Polarisasi yang Sama Rata dan Teratur

(CRI)Jumaat 21 Februari 2025

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

China dan Rusia dikehendaki mengambil peluang daripada tahun yang bermakna ini, untuk memperkasakan koordinasi strategik, mengangkat pendirian yang betul membabitkan Perang Dunia Kedua, memelihara sistem antarabangsa berteraskan PBB, menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global, demi membina multi-polarisasi yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan memanfaatkan semua pihak.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov, sempena menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar G20 di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis.

Lavrov pula menyatakan bahawa pihaknya bersetuju dengan Inisiatif Global yang disyorkan China, dan bersedia untuk terus memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dengan China di bawah rangka mekanisme BRICS, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, PBB dan G20.

Selain itu, Lavrov memperkenalkan perkembangan terkini krisis Ukraine dan pertimbangan pihak Rusia. Beliau berkata Rusia komited untuk mencari penyelesaian damai secara adil dan mampan yang sejajar dengan Piagam PBB.

Wang Yi menghuraikan pendirian konsisten China dalam isu Ukraine, dan menegaskan bahawa China akan terus memainkan peranan yang membina dalam mempromosikan rundingan damai dan penyelesaian politik krisis itu.

Video

Berita Berkaitan