欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pemimpin Myanmar Hargai Sumbangan Pasukan Penyelamat China

(CRI)Isnin 07 April 2025

Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing menyifatkan penglibatan pasukan penyelamat China dalam menangani bencana gempa sebagai gambaran hidup persahabatan 'pauk-phaw' yang terjalin antara kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pasukan Mencari dan Menyelamat China, Pasukan Mencari dan Menyelamat Antarabangsa China serta pasukan penyelamat dari wilayah Hong Kong China di Mandalay pada Ahad.

Min Aung Hlaing merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan diberikan tiga pasukan itu dan memuji keterampilan mereka dalam menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berharap kedua-dua negara dapat terus memperluas kolaborasi dalam tindak balas kecemasan serta pencegahan dan pengurangan bencana.

Dalam perkembangan lain, pasukan penyelamat China mengerahkan lebih 20 pakar perubatan dan jururawat untuk menawarkan perkhidmatan perubatan secara percuma kepada mangsa gempa di Mandalay.

Selain itu, lapan pakar kejuruteraan struktur dari China turut menyertai kerja penilaian tahap keselamatan pasca gempa terhadap lebih 800 bangunan dan infrastruktur awam.

Setakat Ahad, pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan sembilan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan bencana.

Video

Berita Berkaitan