欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pasukan Perubatan di Xinjiang Berjaya Rawat Pesakit Kanser dari Tajikistan

Foto fail

Foto fail

Kejayaan sebuah hospital di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dalam merawat kanser payudara seorang wanita warga Tajikistan dilihat menjadi bukti terkini bagaimana ‘Laluan Sutera Kesihatan’ mampu menghubungkan China dengan negara-negara Inisiatif Jalur dan Laluan menerusi kerjasama perubatan.

Pada awal Mac, Safarova yang menghidap kanser payudara kompleks, telah menerima pelbagai keputusan rawatan yang tidak memuaskan oleh doktor di negaranya. Lanjutan itu, dia melawat Hospital Tumor Gabungan Universiti Perubatan Xinjiang.

Setelah melalui perbincangan yang panjang, perancangan rapi, serta protokol rawatan dan sintesis diagnosis termaju antarabangsa, pasukan mengemukakan pelan yang berat tuntutannya terhadap pembedahan Safarova. Ia akhirnya berjaya dilakukan dan Safarova juga pulih dengan kadar yang cepat.

Ketika dirawat, Safarova menerima layanan mesra oleh petugas hospital yang memberikannya bunga, serta menawarkan bantuan dan penjagaan yang tulus ikhlas. Dia yang tersentuh dengan layanan itu turut menzahirkan harapan baharu yang ditemui di Xinjiang, selain menyatakan bahawa doktor telah melayaninya dengan penjagaan terperinci, yang disifatkannya seolah-olah mereka adalah sebuah keluarga.

Safarova turut menghantar sehelai penan kepada hospital itu yang berbunyi, ‘utusan kesihatan, jambatan persahabatan’, bagi memperingati usaha pasukan perubatan China yang merawatnya.

Foto fail

Foto fail

Foto fail

Foto fail

Video

Berita Berkaitan