欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Persahabatan 'Pauk-Phaw' Terserlah

(CRI)Isnin 07 April 2025

Penglibatan pasukan penyelamat China dalam usaha menangani bencana gempa di Myanmar memperlihatkan kekukuhan ikatan 'pauk-phaw' yang terjalin antara kedua-dua negara, kata Naib Pengerusi Majlis Penerangan Myanmar U Khin Maung Zaw.

Beliau berkata pasukan penyelamat China merupakan antara yang paling awal tiba di kawasan bencana selepas Myanmar dilanda gempa bumi, dengan melibatkan penyertaan banyak pihak termasuk badan kerajaan, organisasi sosial, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

Ketua Menteri Kerajaan Wilayah Yangon, Soe Thein menyatakan bekalan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan China dihantar ke Myanmar dengan kadar sesegera mungkin, dan lebih banyak lagi akan tiba dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Myanmar Zaw Myint mengucapkan terima kasih atas bantuan yang disalurkan China dan menyifatkannya amat penting bagi pekerja pendidikan serta keluarga mereka.

Selepas gempa bumi kuat menggegarkan Myanmar pada 28 Mac, China segera menghulurkan tangan membantu dengan menyalur bekalan kemanusiaan kecemasan dan menghantar pasukan penyelamat ke kawasan terjejas.

Video

Berita Berkaitan