欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja (3)

(CRI)Jumaat 18 April 2025
Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Raja Kemboja Norodom Sihamoni di Istana Diraja di Phnom Penh pada petang Khamis.

Xi berkata China dan Kemboja sentiasa berada di barisan hadapan dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan sehingga membawa limpahan faedah kepada rakyat Kemboja.

China teguh menyokong usaha Kemboja dalam mengekalkan kestabilan, mempercepat pembangunan, menambah baik kesejahteraan rakyat dan menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri.

"Diyakini bahawa modenisasi ala China akan membawa lebih banyak peluang kepada negara-negara jiran termasuk Kemboja.

"Usaha mewujudkan komuniti berkongsi nasib sepanjang masa China-Kemboja pada era baharu pasti akan menyingkap lembaran yang cemerlang, " ujar beliau.

Xi turut menerima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa yang dianugerahkan oleh Raja Sihamoni.

Selepas pertemuan, beliau diraikan dalam majlis jamuan di Istana Diraja pada malam Khamis.

Video

Berita Berkaitan