欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rusia, Ukraine Saling Tuduh Pihak Lain Langgar Gencatan Senjata

(CRI)Isnin 21 April 2025

Rusia dan Ukraine saling menyalahkan pihak lain melanggar gencatan senjata sempena Hari Easter pada Ahad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Kementerian Pertahanan Rusia, tentera Ukriane didapati merancangkan serangan ke arah dua lokasi kediaman penduduk awam di bawah kawalan tentera Rusia di wilayah Donetsk pada waktu malam, tanpa mengambil kira cadangan gencatan senjata sempena Hari Easter, dan serangan itu seterusnya ditumpaskan tentera Rusia.

Di samping itu, tentera Ukraine juga didapati melancarkan serangan dengan menggunakan 48 unit dron dan melepaskan tembakan meriam sebanyak 444 kali ke arah medan Rusia pada malam Sabtu, selain melancarkan serangan ke wilayah Bryansk, Kursk dan Belgorod di kawasan sempadan Rusia sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan penduduk awam dan kemusnahan fasiliti untuk kegunaan awam.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pula menerusi hantaran dalam akaun media sosialnya menuduh Rusia melancarkan 46 kali serbuan dan 901 kali bedilan meriam dari pelbagai arah setakat petang Ahad.

Pada hari yang sama, Setiausaha akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov menyatakan bahawa tiada lagi arahan dari atasannya untuk melanjutkan gencatan senjata yang pernah dicapai sebelum ini.

Video

Berita Berkaitan