欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Puteri Kemboja Cemar Duli, Dendangkan Lagu Dalam Bahasa Mandarin Buat Persahabatan China-Kemboja

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 21 April 2025

Atas jemputan Raja Norodom Sihamoni, Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan lawatan negara ke atas Kemboja pada 17 dan 18 April lalu.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan Xi yang pertama ke negara itu dalam tempoh sembilan tahun. Beliau yang tiba di Phnom Penh menggunakan pesawat khas itu telah disambut dengan kalungan bunga jasmin oleh Puteri Kemboja, Jenna Norodom.

Semasa jamuan makan sempena kedatangan Xi, segenap ruang dewan telah dialunkan oleh lagu yang digubah oleh ayahanda baginda Raja Norodom, iaitu mendiang Raja Norodom Sihanouk sempena meraikan persahabatan Kemboja-China.

Hari ini, Puteri Jenna Norodom sekali lagi berkenan menyanyikan lagu “Nostalgia China”, yang digubah oleh mendiang nenda Raja Norodom Sihanouk, berkongsikan dengan pembaca People’s Daily Online cerita tulus ikhlas tentang persahabatan Kemboja-China yang dibina berdasarkan prinsip “saling mengagumi dan berkongsi kejayaan”, dan menzahirkan ucapan supaya ikatan kedua-dua negara agar kekal selama-lamanya.

Video

Berita Berkaitan