欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik

(CRI)Khamis 24 April 2025
China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik

China menyokong dialog antara Iran dan semua pihak berkaitan, termasuk Amerika Syarikat dalam usaha untuk melindungi hak dan kepentingan sah melalui rundingan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi di Beijing pada Rabu.

Wang Yi menekankan bahawa China sentiasa menyokong penyelesaian isu nuklear Iran melalui saluran politik dan diplomatik serta menentang sebarang tindakan kekerasan dan sekatan unilateral yang dianggap tidak sah.

"China juga menghargai komitmen Iran yang tidak membangunkan senjata nuklear dan menghormati hak Iran untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan damai," kata Wang.

Sementara itu, Seyed Abbas Araghchi menyatakan penghargaan terhadap peranan penting dan proaktif China dalam menggalakkan penyelesaian isu nuklear Iran melalui saluran politik dan diplomatik.

"Iran bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan yang erat dengan China dalam isu ini," katanya.

Video

Berita Berkaitan