欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Optimumkan Dasar Rebat Cukai untuk Pengembara Asing

(CRI)Isnin 28 April 2025

Kerajaan China pada Ahad memperkenalkan siri langkah baharu untuk mengoptimumkan dasar bayaran balik cukai berlepas sebagai usaha merangsang perbelanjaan pengembara asing.

Langkah berkenaan termasuk menurunkan belanja minimum untuk bayaran balik cukai berlepas dan melaksanakan model 'rebat semasa belanja' yang membolehkan pelawat asing menuntut rebat cukai serta-merta di kedai bebas cukai di seluruh negara.

Pengembara asing boleh memohon bayaran balik cukai berlepas ketika berbelanja sekurang-kurangnya 200 yuan (RM119.7) di kedai sama pada hari sama, berbanding 500 yuan (RM299.3) yang ditetapkan sebelum ini.

Pada masa ini, China menawarkan kemudahan pengecualian visa sepihak kepada 38 negara serta transit tanpa visa selama 240 jam atau 10 hari kepada 54 negara.

Data rasmi menunjukkan China menerima kedatangan pengembara asing seramai 9.215 juta bagi suku pertama 2025, meningkat 40.2 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan