欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Terus Catat Kenaikan Aliran Masuk Pelaburan Asing

(CRI)Selasa 29 April 2025

China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Data Kementerian Perdagangan (MOFCOM) menunjukkan dari Januari hingga Mac, penggunaan sebenar pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan e-dagang, pembuatan biofarmaseutikal dan pembuatan peralatan aeroangkasa masing-masing meningkat sebanyak 100.5 peratus, 63.8 peratus dan 42.5 peratus.

Suku tahun pertama juga menyaksikan pelaburan asing dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi terus bertambah, antaranya termasuk kilang ketiga BMW Brilliance Automotive Ltd (BBA) dan kilang mega storan tenaga Tesla yang masing-masing memulakan operasi di Shenyang dan di Shanghai.

Untuk tempoh sama, pelaburan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) di China masing-masing mencatat kenaikan sebanyak 56.2 peratus dan 11.7 peratus.

Selain itu, aliran masuk pelaburan dari Switzerland, Britain, Jepun dan Korea Selatan masing-masing meningkat 76.8 peratus, 60.5 peratus, 29.1 peratus dan 12.9 peratus.

Video

Berita Berkaitan