欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Galak Golongan Belia Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China

(CRI)Ahad 04 Mei 2025

Presiden China Xi Jinping menggalakkan golongan belia supaya berbakti untuk pembangunan modenisasi ala China.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, membuat pesanan itu dalam surat balas daripada sekumpulan guru sukarela yang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Pekan Karajol, Bandar Artux, Daerah Autonomi Kizilsu Kirgiz, wilayah Xinjiang. Sekolah kampung itu terletak hanya 47 kilometer dari sempadan barat China.

"Kamu menyahut seruan Parti untuk mengajar di kawasan sempadan, di mana terbukti usaha kamu bukan sahaja meningkatkan pendidikan dan penyatuan perkauman tempatan, bahkan juga menyumbang kepada kemakmuran dan ketenteraman di kawasan sempadan itu," kata Xi dalam surat balasnya.

Sempena sambutan Hari Belia China pada 4 Mei, Xi juga menyampaikan mogaan baik dan selamat maju jaya kepada golongan belia di seluruh China, di samping menzahirkan harapan kepada mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai golongan belia memilih untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kawasan barat dan kawasan luar bandar, menunjukkan semangat dedikasi dan tanggungjawab mereka.

Beliau mengingatkan golongan muda supaya mengukuhkan keyakinan, memupuk patriotisme, mengasah kemahiran, dan bekerja keras untuk menyumbang kepada modenisasi ala China, dan berkhidmat di tempat mana negara paling memerlukan mereka.

Video

Berita Berkaitan