欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pecah Panggung China Langkaui RMB740 Juta Semasa Musim Cuti Hari Pekerja

Orang ramai melintasi poster filem di sebuah pawagam di Kaunti Boxing, Bandar Binzhou, Provinsi Shandong di timur China pada 3 Mei 2025. (Xinhua/Chen Bin)

Orang ramai melintasi poster filem di sebuah pawagam di Kaunti Boxing, Bandar Binzhou, Provinsi Shandong di timur China pada 3 Mei 2025. (Xinhua/Chen Bin)

Maoyan, platform data filem mendedahkan bahawa pendapatan pecah panggung China telah melangkaui angka RMB740 juta (sekitar AS$102 juta) semasa tempoh cuti panjang sempena Hari Pekerja yang berakhir pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Xinhua, filem yang dibintangi oleh Andy Lau, ‘The Dumpling Queen’ mendahului carta jualan semasa musim percutian tersebut, iaitu dengan pendapatan sebanyak RMB190 juta. Filem tersebut menjejaki perjalanan penjual makanan jalanan Hong Kong yang berjaya mengusahakan jenama makanan sejuk beku yang terkenal dalam kalangan isi rumah.

Berada di tangga kedua adalah filem ngeri jenayah kewangan iaitu ‘A Gilded Game’. Berpusatkan kepada jenayah penipuan berkepentingan tinggi dan manipulasi kewangan, filem tersebut telah menjana pendapatan melebihi RMB133 juta.

Lapor Xinhua lagi, filem ‘Princess Mononoke’ oleh Studio Ghibli pula menduduki tangga ketiga dengan pendapatan lebih RMB69 juta. Asalnya dikeluarkan di Jepun 1997, epik alam sekitar karya Hayao Miyazaki tersebut dianggap sebagai kegemaran ramai di serata dunia.

Video

Berita Berkaitan