欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Media Arus Perdana Rusia

(CRI)Khamis 08 Mei 2025

Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Moscow pada Rabu.

Penyiaran program itu bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Rusia dan kehadiran beliau ke majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Agung Kesatuan Soviet.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 200 tetamu termasuk tokoh-tokoh dari lingkungan politik, ekonomi, budaya, media dan pendidikan Rusia dan China.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata, ini adalah kali keempat program berkenaan disiarkan di Rusia.

Versi terkini akan membolehkan para penonton lebih memahami konotasi tamadun China pada era baharu serta nilainya di peringkat global menerusi petikan daripada karya klasik China.

Difahamkan, program itu menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada pembangunan inovatif, kemakmuran budaya, interaksi dan saling belajar sesama tamadun, pendidikan keluarga dan lain-lain.

Program berkenaan memaparkan kebijaksanaan Presiden Xi dalam mentadbir negara, penghayatan falsafah yang mendalam serta kepekaan tinggi beliau terhadap aspek sosiobudaya.

Video

Berita Berkaitan