- Lain-lain
India, Pakistan Digesa Bertenang dan Utamakan Kedamaian
(CRI)Sabtu 10 Mei 2025
China menggesa supaya India dan Pakistan mengutamakan keamanan, kekal bertenang, kembali ke landasan penyelesaian konflik secara damai dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meruncingkan lagi ketegangan.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Khamis.
Lin berkata ia selaras dengan kepentingan asas India dan Pakistan, kondusif bagi keamanan dan kestabilan serantau serta merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.
China bersedia terus memainkan peranan yang konstruktif dalam hal ini, tambah beliau.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang