欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Semarang Mohon Anggotai CAMSR

(CRI)Isnin 19 Mei 2025
Semarang Mohon Anggotai CAMSR
(Foto/Xinhua)

Semarang, bandar bersejarah yang terkenal di Indonesia secara rasmi memohon untuk menganggotai Gabungan Bandar Raya untuk Perlindungan dan Permohonan Bersama sebagai Tapak Warisan Dunia Sepanjang Laluan Sutera Maritim (CAMSR) pada 15 Mei lalu.

Pada malam hari itu, Datuk Bandar Semarang, Agustina Vinodjen Pramestuti telah menandatangani dokumen permohonan rasmi dalam satu majlis yang diadakan di pejabat kerajaan bandar itu. Surat permohonan berkenaan telah diserahkan kepada pejabat CAMSR di bandar Guangzhou, China. Beliau juga menyatakan kesediaan pihaknya untuk bersama-sama 35 buah bandar lain untuk mendorong kerjasama pemuliharaan warisan sepanjang Laluan Sutera Maritim dan permohonan terbabit.

Selepas majlis penandatanganan tersebut, Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Besar China di Indonesia, Wang Siping menyatakan bahawa kerjasama antara Semarang dengan CAMSR berfaedah bagi memacu pemuliharaan warisan kebudayaan dan pembangunan pelancongan.

Pelancong China yang tertarik untuk melawat Semarang dijangka akan menjadi semakin ramai, sedangkan rakyat Indonesia juga akan mendapat pendedahan yang semakin banyak tentang budaya China.

CAMSR ditubuhkan pada April 2018 di bawah bimbingan Jabatan Pentadbiran Artifak China, dengan tujuannya untuk menjana impak sosial di dalam dan luar negara mengenai pengukuhan peranan Laluan Sutera Maritim sebagai laluan kebudayaan rentas sempadan melalui tindakan permohonan Warisan Budaya Sedunia.

(Foto/Xinhua)
(Foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan