欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

WHA Menolak Lagi Usul Berkaitan Taiwan

(CRI)Selasa 20 Mei 2025

Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Isnin memutuskan untuk tidak memasukkan usul 'kehadiran Taiwan sebagai pemerhati' ke dalam agenda persidangan kali ini.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata Jawatankuasa Am dan Sesi Plenari WHA ke-78 masing-masing menolak usul berkenaan yang dibangkitkan oleh negara tertentu, kali kesembilan WHA berbuat sedemikian dalam perkara itu.

Jurucakap itu menegaskan bahawa pendirian China adalah konsisten dan jelas berhubung isu penyertaan wilayah Taiwan dalam aktiviti organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia mesti dikendalikan selaras dengan prinsip satu China, sepertimana yang termaktub dalam Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Resolusi 25.1 WHA.

Kedegilan pihak berkuasa Parti Demokratik Progresif (DPP) menyokong aktiviti pemisah yang menginginkan 'kemerdekaan Taiwan', menyebabkan asas politik untuk Taiwan menyertai WHA tidak lagi wujud, ujarnya.

Jurucakap berkenaan turut menambah bahawa kerajaan pusat China sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan dan kesejahteraan penduduk Taiwan.

Dengan menjunjung prinsip satu China, kerajaan pusat telah pun membuat aturan rapi mengenai penglibatan Taiwan dalam urusan kesihatan global serta kehadiran pakar perubatan dari wilayah itu dalam mesyuarat teknikal WHO.

Video

Berita Berkaitan