- Lain-lain
Presiden Xi dan Canselor Merz Adakan Perbualan Melalui Telefon
Presiden China Xi Jinping dan Canselor Jerman Friedrich Merz mengadakan perbualan menerusi panggilan telefon pada Jumaat.
Xi sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Merz yang dilantik sebagai Canselor Jerman.
Beliau mengatakan China bersedia bersama-sama pihak Jerman untuk membuka lembaran baharu bagi hubungan perkongsian strategik komprehensif agar memberikan sumbangan baharu kepada pertumbuhan mantap ekonomi dunia.
Xi menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kesatuan Eropah (EU). Kedua-dua pihak dikehendaki memberikan isyarat positif untuk memelihara multilateralisme, perdagangan bebas dan pemerkasaan keterbukaan dan kerjasama yang menang-menang.
Merz pula berkata, China antara negara yang paling penting di pentas dunia. Hubungan EU dengan China berkembang sihat dan mantap selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak.
Beliau menegaskan bahawa Jerman bersedia memainkan peranan positif untuk mendorong perkembangan baik hubungan EU-China.
- Xi Ucap Tahniah kepada Canselor Baharu Jerman
- China, Jerman Ikrar Perkasa Kerjasama Komprehensif
- China, Jerman Anjur Dialog Strategik Diplomasi dan Keselamatan
- Menteri Luar Jerman Baerbock akan Lawat China
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Perdagangan China-Jerman Didorong ke Arah Lebih Optimum dan Seimbang - PM Li
- Pemimpin China, Jerman Bincang Krisis Ukraine
- China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran
- Peng Liyuan Terima Kunjungan Koir Mandarin dari Jerman
- Panda Gergasi Meng Xiang dan Meng Yuan Selamat Kembali ke China dari Jerman