欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rusia, Ukraine Setuju Pertukaran Tahanan dalam Rundingan di Istanbul

(CRI)Selasa 03 Jun 2025

Pusingan kedua rundingan terus antara delegasi Rusia dan Ukraine bagi menyelesaikan konflik secara damai telah berakhir di Istanbul, Turkiye pada Isnin.

Rundingan tersebut berlangsung selama kira-kira satu jam dan berakhir pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Pembantu Presiden Rusia selaku ketua delegasi Rusia, Vladimir Medinsky mengeluarkan kenyataan kepada media, bahawa kedua-dua pihak setuju melaksanakan gencatan senjata selama dua hingga tiga hari di beberapa kawasan garis hadapan bagi tujuan pertukaran mayat tentera yang terkorban.

Sementara itu, Ukraine berjanji akan menyelidik dan menyediakan pelan berkaitan secepat mungkin.

Pada masa sama, Rusia mengumumkan akan menyerahkan 6,000 mayat tentera yang terkorban kepada Ukraine secara unilateral pada minggu depan.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov, yang mengetuai delegasinya pula menyatakan bahawa kedua-dua pihak mencapai persepakatan mengenai pertukaran tawanan perang, merancang untuk menukar semua tawanan perang yang tenat dan tawanan perang di bawah umur 25 tahun.

Beliau berkata, kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan mengenai isu kemanusiaan semasa konflik, di mana kedua-dua pihak akan menukar tawanan perang yang cedera dan mayat tentera yang terkorban.

Delegasi Rusia pada hari yang sama menyerahkan dokumen memorandum gencatan senjata kepada pihak Ukraine, dan pihak Ukraine akan mengambil masa seminggu untuk mengkaji dokumen tersebut serta menyelaraskan langkah-langkah selanjutnya.

Bagaimanapun, pihak Rusia menolak cadangan gencatan senjata tanpa syarat selama 30 hari semasa rundingan tersebut.

Video

Berita Berkaitan