欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Naib Presiden China Han Zheng Temui Delegasi AS bagi Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua?China-AS

(CRI)Jumaat 06 Jun 2025

Naib Presiden China, Han Zheng menerima kunjungan hormat delegasi Amerika Syarikat (AS) bagi Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua China-AS di Beijing pada Khamis.

Beliau berharap dialog itu dapat mengumpulkan pandangan bernas dari kedua-dua pihak, meningkatkan pemahaman pelbagai golongan masyarakat AS terhadap China, dan bersama-sama mendorong hubungan China-AS maju ke depan secara mantap, sihat dan mampan.

Han berkata, hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang terpenting di dunia. Pada masa ini, hubungan berkenaan berada pada fasa yang kritikal dalam sejarah.

Saling hormat, kewujudan bersama secara damai, dan kerjasama saling menguntungkan antara China dan AS bukan sahaja selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara, malah juga menyumbang kepada kedamain dan pembangunan dunia, kata Han.

Wakil delegasi AS pula berkata, Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua China-AS akan membantu meningkatkan pemahaman antara kedua-dua pihak, sekali gus menyumbangkan lebih banyak idea konstruktif untuk perkembangan hubungan dua hala.

Mereka juga menyatakan bahawa perkembangan ekonomi China adalah menakjubkan. Kedua-dua pihak dikehendaki meningkatkan dialog dan kerjasama khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Video

Berita Berkaitan