欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi, Min Aung Hlaing Tukar Ucapan Tahniah sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik

(CRI)Ahad 08 Jun 2025

Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin Myanmar, Min Aung Hlain bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Myanmar hari ini.

Xi menekankan bahawa semasa pertemuannya dengan Min Aung Hlaing di Rusia pada bulan Mei lalu, kedua-dua pemimpin telah mencapai konsensus penting untuk mendorong usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Myanmar.

Xi berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Myanmar, bersedia bersama Myanmar memanfaatkan peluang yang wujud dalam perayaan ulang tahun ke-75 ikatan ini, mempercepat langkah untuk memacu pembinaan bersama yang berkualiti dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), melaksanakan dengan baik Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Myanmar untuk terus berkembang dengan lebih substantif demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Min Aung Hlain mengucapkan terima kasih atas sokongan teguh China terhadap Myanmar dalam mewujudkan keamanan, kestabilan, perdamaian dalam masyarakat berbilang kaum, dan pembangunan ekonomi. Myanmar berharap mempercepat kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang untuk membina perkongsian yang lebih kukuh, bersemangat kental, dan saling menguntungkan.

Video

Berita Berkaitan