欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Asia Tengah

(CRI)Selasa 17 Jun 2025

Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Presiden Kazakhstan pada Isnin.

Program tersebut akan disiarkan menerusi saluran media arus perdana di lima negara Asia Tengah bertepatan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua di Astana.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata penerbitan program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' oleh CMG merupakan usaha ke arah memperkukuh persahabatan rakyat antara China dengan negara Asia Tengah dan memperkasa pertukaran budaya antara kedua-dua pihak.

Ia sekali gus menyumbang kekuatan spiritual kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih rapat.

Difahamkan, program itu menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada kerjasama terbuka, pembangunan sains dan teknologi, perlindungan ekologi, inovasi budaya dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan