欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Aktiviti Pertukaran Kumpulan Pemikir Pertahanan China-ASEAN Ketiga Diadakan

(CRI)Jumaat 20 Jun 2025

Aktiviti Pertukaran Kumpulan Pemikir Pertahanan China-ASEAN ketiga telah diadakan di sini pada pagi semalam.

Aktiviti yang bertemakan "Majukan Keamanan Serantau, Cetuskan Fenomena Damai" ini bertujuan untuk menjana impak sosial dalam bidang pertahanan antara China dan negara-negara ASEAN, merancakkan komunikasi strategik, memupuk rasa saling percaya dalam bidang keselamatan, dan memberi cadangan bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.

Sesi pleno yang diadakan selepas majlis perasmian merumpukan kepada perbincangan tentang "Nasib Bersama: Situasi Semasa dan Visi Kerjasama Pertahanan China-ASEAN", dengan melibatkan pelbagai topik seperti saluran untuk memupuk rasa saling percaya, meneroka bidang kerjasama, melakukan inovasi terhadap mekanisme kerjasama dan menghadapi ancaman keselamatan bersama secara berkesan, dan menjangkakan prospek kerjasama masa depan.

Felo Penyelidik dari Institut Penyelidikan Peperangan Akademi Sains Ketenteraan China, Yu Xiaopeng berkata, China dan ASEAN telah mencapai banyak hasil yang penting dalam kerjasama pertahanan buat masa kini. Bidang kerjasama kedua-dua pihak hampir merangkumi hampir semua aspek termasuk interaksi peringkat tinggi, pendidikan dan latihan ketenteraan, lawatan kapal perang, perdagangan senjata serta kerjasama industri pertahanan. Untuk fasa selanjutnya, masih terdapat matlamat untuk dilengkapkan terutamanya dalam memperhalusi mekanisma kerjasama.

Turut hadir, seramai 160 orang wakil termasuk pegawai dasar pertahanan dari 10 buah negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan China, pakar dan sarjana serta wakil kumpulan pemikir dalam bidang berkaitan.

Video

Berita Berkaitan