- Lain-lain
China Mahu Dorong Penggunaan, Berikan Sokongan Kewangan Lebih Besar
Orang ramai melawat Zon Jenama Domestik di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) ke-5 di Haikou, Provinsi Hainan di selatan China, pada 17 April 2025. (Xinhua/Yang Guanyu)
China memperkenalkan garis panduan untuk melonjakkan bantuan kewangan dalah usaha untuk mendorong penggunaan secara berkesan, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.
Menurut Xinhua, garis panduan tersebut yang dirangka secara bersama oleh enam organisasi negara termasuk Bank Rakyat China (PBOC), telah menggariskan beberapa langkah yang menyasarkan bidang-bidang utama penggunaan.
Difahamkan, dokumen tersebut mengajak untuk sokongan kewangan yang lebih kuat buat penggunaan barangan dan perkhidmatan.
Lapor Xinhua, garis panduan itu mencadangkan 19 langkah penting daripada enam aspek, termasuk penambahbaikan kapasiti penggunaan, mengembangkan bekalan kewangan dalam sektor penggunaan, dan menerokai pontensi penggunaan penduduk setempat.
Garis panduan tersebut turut menyebut bahawa adalah penting untuk memperkuatkan asas kewangan dan makroekonomi bagi menyokong pertumbuhan pendapatan pekerja, seterusnya memupuk permintaan penggunaan.
Selain itu, pihak berkuasa juga akan memperkukuh insentif alat dasar kewangan berstruktur, meningkatkan sokongan kredit untuk bidang utama penggunaan perkhidmatan, dan membangunkan saluran kewangan yang pelbagai seperti bon dan ekuiti.
Memetik Xinhua, banyak usaha lagi yang akan dilakukan untuk meningkatkan bantuan kewangan dalam bidang utama penggunaan, inovasi produk kewangan berdasarkan senario, dan mempromosi kecekapan perkhidmatan kewangan dalam sektor pengguna.
China akan terus mengoptimumkan perkhidmatan pembayaran pengguna, memperbaiki pembinaan sistem kredit dalam sektor pengguna, dan menambah baik perlindungan hak kewangan pengguna.
- China Berikrar Teruskan Subsidi Tukar Beli Barangan Pengguna
- Jualan Produk Pengguna Menokok RMB1Trilion melalui Pakej "Jual Lama Beli Baharu"
- Siri Aktiviti "China Shopping" Diadakan
- Program Subsidi China Rangsang Penggunaan Produk Digital
- Penggunaan di Kawasan Luar Bandar China Pamer Kekuatan
- China Kemuka Pelan Inisiatif Istimewa, Mahu Rancakkan Penggunaan
- China Keluarkan Pelan Tindakan Tiga Tahun, Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna
- TBC 2025: Cuti Panjang 8 Hari Dorong Penggunaan, Pelancongan
- Guangxi: Galak Penggunaan pada Tahun Baharu melalui Program Tukar Beli
- Mengenal Semula "Pengguna China"