- Lain-lain
China Rampaskan ?2.42 Tan Dadah di Kawasan Sempadan
(CRI)Khamis 26 Jun 2025
Jabatan pengurusan imigresen kebangsaan China telah menumpaskan 205 kes penyeludupan dadah di kawasan sempadan dengan menangkap 262 suspek penjenayah dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 2.42 tan setakat 25 Jun tahun ini.
Ketua Bahagian Pemeriksaan Sempadan Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China menyatakan bahawa sebagai langkah seterusnya, pihaknya akan menambahbaikkan mekanisme kerja, memeriksa dan menumpaskan secara menyeluruh rangkaian penyeludupan dadah, memperdalam kerjasama penguatkuasaan undang-undang pragmatik dengan negara-negara jiran di kawasan sempadan, bagi menggugat kegiatan jenayah membabitkan dadah.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang