欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

AIIB: Pengalaman Pembinaan Prasarana China Amat Diperlukan

(CRI)Khamis 26 Jun 2025

Sidang tahunan Majlis Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) diadakan di Beijing dan disertai lebih 3,500 peserta dari lebih 100 negara dan wilayah di dunia.

Mereka menyifatkan prasarana yang saling berhubung sebagai amat penting untuk pembangunan ekonomi pelbagai negara, sementara menganggap pengalaman China dalam bidang itu sebagai amat diperlukan.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) AIIB Andrew Cross berkata pasaran modal China kekal menjadi peneraju dalam sektor kewangan hijau.

"Jika dilihat dari segi prinsip hijau, sistem penarafan hijau dan usaha yang dibuat oleh jabatan kawal selia, anda akan mendapati ciri-ciri hijau dalam pasaran modal China," kata Cross.

Mengenai pasaran modal, dana yang pelbagai dan mencukupi disifatkan sebagai tonggak penting bagi menyokong pembinaan prasarana rentas sempadan.

Para peserta berpendapat bahawa pembangunan pesat China dalam bidang bon hijau, kredit hijau dan perniagaan karbon telah menyumbang secara signifikan kepada dunia dalam menghadapi perubahan iklim dan mewujudkan sasaran peneutralan karbon.

Selain itu, mereka juga berpendapat pembangunan mampan China dalam industri tenaga boleh baharu seperti tenaga suria, angin dan hidro turut menjadi rujukan penting dalam merancang dan melaksanakan projek prasarana mampan di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan