- Lain-lain
Jangan Capai Perjanjian Perdagangan dengan Korbankan Kepentingan China
China berbesar hati melihat pelbagai pihak menyelesaikan perselisihan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) melalui perundingan yang sama rata, dan juga menyatakan bahawa jangan mencapai perjanjian dengan mengorbankan kepentingan negara China.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Sabtu.
Pada masa yang sama, jurucakap itu menyatakan bahawa China menyeru semua pihak sentiasa menjunjung keadilan dan kesaksamaan, serta membuat pilihan yang betul yang selaras dengan fakta sejarah, mempertahankan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta sistem perdagangan multilateral. China dengan tegas menentang mana-mana pihak pun yang berhasrat mencapai perjanjian dengan mengorbankan kepentingan China demi mendapatkan pengurangan tarif yang kononnya. Sekiranya keadaan ini berlaku, China sama sekali tidak akan menerimanya dan akan mengambil tindakan balas yang tegas untuk membela nasib sendiri.
Baru-baru ini, ada pegawai AS yang menyatakan pihaknya sedang mempergiatkan rundingan dengan entiti ekonomi berkenaan dan berkemungkinan mencapai perjanjian perdagangan dengan sesetengah negara sebelum tamatnya tempoh penguatkuasaan 90 hari "tarif timbal balik" pada 9 Julai. Bagi negara-negara yang belum mencapai perjanjian, AS mungkin akan menetapkan kadar tarif secara sepihak.
Sehubungan ini, jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata, sejak April lalu, AS mengenakan apa yang disebut "tarif timbal balik" terhadap semua rakan dagangan di peringkat global. Pembulian sepihak yang tipikal itu turut memberi kesan buruk yang serius terhadap sistem perdagangan multilateral dan dampak besar terhadap order perdagangan antarabangsa yang normal, dan mendapat bantahan dari China sejak sekian lama. Sejarah membuktikan bahawa hanya dengan mempertahankan prinsip dan pendirian dengan teguh, barulah dapat benar-benar membela nasib sendiri dalam menjaga hak dan kepentingan negara.
- Tinjauan CGTN: AS Diseru Bertindak Sehaluan dengan China dalam Isu Dagangan
- AS Umum Tarif Peralatan Elektrik Mengandungi Keluli Naik kepada 50 Peratus
- Jerat Tarif AS: Mudaratkan Pihak Lain, Jahanamkan Diri Sendiri
- Dasar Tarif AS, "Halangan Utama" bagi Operasi Syarikat Multinasional
- China Bidas AS Cakap Kosong, Tak Patuhi Konsensus Perdagangan
- Trump Umum Tarif Keluli Naik kepada 50 Peratus
- Tarif Trump: Syarikat Global Catat Kerugian AS$34 Bilion
- Mahkamah AS Gantung Pelaksanaan Tarif Trump
- Industri Jepun Semakin Terjejas Akibat Tarif AS
- Keyakinan Pengeksport Global Merosot Akibat Dasar Perdagangan AS - Laporan Allianz