- Lain-lain
China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama
![]() |
Robot dari pasukan Robotik THU Universiti Tsinghua menentang pasukan Blaze dari Universiti Sains dan Teknologi Maklumat Beijing dalam satu perlawanan pada 28 Jun 2025. (China Daily/Zou Hong) |
Pada 28 Jun 2025, perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak RoBoLeague 2025 telah berlangsung di Beijing. Acara tersebut merupakan perlawanan percubaan pertama sempena Sukan Robot Humanoid Dunia 2025 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dan ia turut menandakan pertandingan bola sepak robot AI tiga sebelah yang sepenuhnya autonomi julung-julung kali di China.
Pasukan Robotik THU dari Universiti Tsinghua telah menjuarai pertandingan tersebut, dengan naib juara pula jatuh kepada pasukan Mountain Sea dari Universiti Pertanian China. Manakala, pasukan Blaze dari Universiti Teknologi dan Sains Maklumat Beijing serta pasukan Power dari Makmal Masa Depan Universiti Tsinghua pula berkongsi tempat ketiga.
Kombinasi unik antara sukan dan teknologi AI telah menambat hati peminat liga tersebut. Difahamkan, ramai penonton di venue tersebut juga terdiri daripada peminat robotik yang datang untuk menyaksikan keunikan teknologi termaju.
Menurut Bian Yuansong, pengerusi Kumpulan Shangyicheng yang mengoperasikan acara itu, RoBoLeague menjadi medan ujian bagi teknologi sempadan seperti pengimbang dinamik bipedal dan pembuat keputusan kolaboratif pelbagai ejen.
Acara tersebut juga bukan sahaja menjadi panduan teknikal yang penting dalam segmen bola sepak perlawanan robot humanoid masa depan, tetapi turut menyediakan asas kukuh dalam penambahbaikan kepekaan robot yang terkandung.
“Teknologi tersebut yang dipamerkan semasa pertandingan akan diterjemah secara pesat dalam pengaplikasian dunia-nyata, sekali gus memberi manfaat kepada pengeluaran industri dan kehidupan harian,” ujar Brian.
Tambahnya, kumpulan itu turut bercadang untuk membangunkan satu siri IP pertandingan robot termasuk robot untuk separa maraton dan RoBoLeague dalam usaha untuk mempromosi pengaplikasian dunia-nyata dan pembangunan robotik humanoid di dalam senario yang pelbagai.
![]() |
Penonton yang terdiri dalam kalangan golongan muda meraikan robot yang menjaringkan gol pada 28 Jun 2025. (China Daily/Zou Hong) |
![]() |
Sebuah robot yang mewakili pasukan Mountain Sea dari Universiti Pertanian China dibawa keluar dari perlawanan selepas ‘mengalami kecederaan’ pada 28 Jun 2025. (China Daily/Zou Hong) |
![]() |
Pemain bola sepak robot membuat kemunculan masing-masing pada 28 Jun 2025. (China Daily/Zou Hong) |
- ‘Robocop’ Kini di Jalanan Sekitar Bandar China
- Pertandingan Akhir Roboleague Berlangsung di Beijing
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kedai 4S Robot Humanoid Pertama di Dunia Bakal Dibuka di Beijing
- Robot Hadir Sekolah Maya di Zhejiang
- Shanghai Anjur Pertandingan Kemahiran Robot Humanoid Antarabangsa 2025
- Ke Arah Masa Depan yang Lebih Cerah Untuk Kewujudan Bersama Manusia-Robot
- Anjing Robotik Kini Jadi Kebiasaan Dalam Kehidupan Harian Rakyat China
- Pertandingan Peringkat Wilayah RoboMaster 2025 Buka Tirai di Changsha
- Beijing Jadi Tuan Rumah Sukan Robot Manusia Pertama di Dunia