- Lain-lain
APU, GUT Perkenal Kolej Teknologi Maklumat di Guilin, Tawar Dwi Sijil
Sekitar pelancaran Kolej Teknologi Maklumat GUT-APU (GACIT) di Universiti Teknologi Guilin (GUT), Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. (Foto kiriman penganjur kepada People’s Daily Online)
Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Malaysia dan Universiti Teknologi Guilin (GUT) China baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan Kolej Teknologi Maklumat GUT-APU (GACIT) di kampus GUT, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
Dalam satu kenyataan media, kerjasama strategik tersebut menawarkan program ijazah dwi sijil iaitu dalam Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer, dan Kejuruteraan Rangkaian, sekali gus membolehkan graduan memperoleh ijazah daripada kedua-dua universiti.
Antara lain yang ditampilkan dalam kerjasama itu adalah tenaga pengajar APU akan diterbangkan ke Guilin untuk mengajar dan membangunkan secara bersama kursus di fakulti GUT, yang secara tidak langsung memupuk pengalaman pembelajaran rentas negara.
Turut hadir pada majlis perasmian dihadiri kepimpinan tertinggi kedua-dua universiti, pegawai Kedutaan Malaysia di China, serta wakil industri.
Naib Canselor APU, Profesor Dr Ho Chin Kuan ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Kolej Teknologi Maklumat GUT-APU (GACIT) di Universiti Teknologi Guilin (GUT), Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. (Foto kiriman penganjur kepada People’s Daily Online)
Naib Canselor APU, Profesor Dr Ho Chin Kuan dalam ucapannya pada majlis perasmian kolej baharu itu berkata bahawa GACIT mencerminkan komitmen bersama untuk melahirkan bakat yang berkeupayaan dalam teknikal, berpandangan global, dan bersedia untuk menghadapi permintaan dalam bidang yang pesat berevolusi itu.
Foto Kaunselor Pendidikan di Kedutaan Malaysia di China, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Kolej Teknologi Maklumat GUT-APU (GACIT) di Universiti Teknologi Guilin (GUT), Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. (Foto kiriman penganjur kepada People’s Daily Online)
Sementara itu, Kaunselor Pendidikan di Kedutaan Malaysia di China, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif pula menyifatkan GACIT sebagai jambatan akademik ASEAN-China yang memupuk penyelidikan kolaboratif dan pertukaran budaya.
Dengan penubuhan GACIT, ia menjanjikan bahawa golongan profesional teknologi pada masa depan bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan, tetapi juga diinspirasikan oleh kepelbagaian budaya, perspektif global, dan sifat tanggungjawab bersama dalam membentuk masa depan teknologi.
Selepas GACIT membuka pintunya kepada kohort pertamanya, perkongsian antara APU dan GUT bersedia untuk menjadi model untuk pendidikan transnasional, berasaskan kecemerlangan, didorong oleh inovasi, serta komited untuk memupuk dunia yang lebih terhubung dan teknologi yang diperkasa.
- Kapal APMM Buat Lawatan Sulung ke China
- BIBF 2025: Malaysia Mahu Manfaatkan Status Negara Tetamu Kehormat, Adakan Lebih Banyak Kerjasama Global
- Qingdao Jadi Tuan Rumah Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional
- Bahasa Melayu Bermekaran di China, DBP Sasar Kolaborasi Strategik
- Majlis Perasmian Dan Makan Malam Seminar Antarabangsa Terjemahan, Bahasa Dan Budaya Melayu-China Kelima Diadakan
- Aroma Durian ‘Pikat’ Pengunjung Rasa Malaysia 2025
- Pelajar Malaysia Hadiri Bengkel di Mongolia Dalam
- Kapal Korek China Bantu Pengembangan Pelabuhan Klang
- Buah-buahan Malaysia Popular di Pasaran China
- Ledakan Dagangan Durian Cermin Kerjasama Perdagangan Saling Menang China-Malaysia