欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wang Yi Bertemu Canselor Jerman Merz

(CRI)Sabtu 05 Julai 2025

Canselor Jerman, Friedrich Merz menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di Berlin pada Jumaat.

Wang berkata, Presiden China Xi Jinping dan Canselor Merz telah mengadakan perbualan menerusi telefon baru-baru ini, menyediakan panduan strategik dan jaminan politik untuk hubungan dua hala.

"China memuji sikap konstruktif dan semangat pragmatik kerajaan baharu Jerman untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.

"China bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Jerman, menggunakan pelbagai mekanisme mesyuarat dengan baik, untuk memajukan hubungan China-Jerman berkembang secara sihat dan mantap, kerana ia kondusif bagi kedua-dua negara khasnya, serta Eropah dan dunia amnya," kata Wang.

Merz pula berkata, Jerman dan China telah menjalin hubungan baik, manakala kerjasama kedua-dua negara berjalan lancar dalam pelbagai sektor.

"Jerman bersedia bersama-sama pihak China untuk mengangkat prinsip terbuka dan sama menang, mempromosikan perdagangan adil, serta berganding bahu untuk menghadapi krisis dan cabaran, kerana ia sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara.

Sementara itu, Merz menekankan bahawa kerajaan baharu Jerman mempertahankan dasar satu China.

Video

Berita Berkaitan