欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Liu Kumpul 500 Akik Antik, Lindungi Warisan Budaya Hakka Chongqing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 07 Julai 2025

Di kampung Baihe, pekan Panlong, daerah Rongchang, Perbandaran Chongqing di barat daya China, Liu Ronglu, 50, mempunyai koleksi sejumlah 500 akik antik, yang juga merupakan misi peribadinya untuk melindungi legasi sebuah kebudayaan.

1.	Foto memperlihatkan pelbagai jenis akik antik di rumah Liu Ronglu di kampung Baihe, pekan Panlong, daerah Rongchang, Perbandaran Chongqing di barat daya China. (Chongqing Daily/Mei Yao)

1. Foto memperlihatkan pelbagai jenis akik antik di rumah Liu Ronglu di kampung Baihe, pekan Panlong, daerah Rongchang, Perbandaran Chongqing di barat daya China. (Chongqing Daily/Mei Yao)

Pekan tersebut merupakan enklaf dialek Hakka yang terbesar Chongqing, dan menempatkan hampir 40,000 penduduk Hakka yang nenek moyangnya tiba di situ pada awal Dinasti Qing (1644-1911).

Difahamkan, kesemua migran tersebut telah membawa bersama-sama dengan mereka benih rami masing-masing dan teknik sulaman tradisional, yang secara tidak langsung menjadikan Panlong sebagai hab xiabu (secara harfiahnya bermaksud ‘pakaian musim panas’) atau kain linen China. Xiabu Rongchang telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan pada 2007.

Akik Liu tertegak sebagai saksi senyap terhadap babak bersejarah penuh kejayaan, iaitu fosil hidup bagi kewujudan orang Hakka yang berakar umbi di Chongqing dan jirannya, Provinsi Sichuan.

Bagi Liu yang bukan berketurunan Hakka, bunyi keletak-keletuk berirama dan bau tersendiri pada gentian telah disifatkannya sebagai memori masa kecil yang penuh berharga. Bapanya, seorang duda, telah menyokong Liu dan kakaknya dengan menyulam xiabu untuk buat jiran-jirannya.

Ketika berumur 18 tahun, Liu telah menerokai peluang di luar kampungnya, yang seterusnya menyaksikan dia berjaya membina perniagaan pembuatan di Chengdu, ibu kota Sichuan, selepas bekerja di bandar-bandar serata China termasuk Xi’an dan Guangzhou.

Bagaimanapun, dia yang pulang ke kampung untuk tujuan menziarahi pada satu hari selepas sejak sekian lama, telah mengubah trajektori kehidupannya.

“Pasar xiabu tersebut (ketika itu) lembap, tanah ladang yang khusus untuk rami telah mengecil, dan banyak keluarga telah memecahkan akik masing-masing untuk menjadikan ia sebagai kayu api,” kata Liu, sambil menyatakan bahawa akik tersebut bukan sekadar yang biasa, tetapi mewakili penempatan penduduk Hakka dan kemakmuran di Rongchang.

Detik itu telah mencetuskan satu minat menghimpun yang menghampiri paras obses. Hampir sedekad yang seterusnya, Liu telah melabur hampir RMB500,000 (sekitar AS$70,000) dari poketnya sendiri, selain dibantu oleh sanak-saudara dalam mencari akik secara dari rumah ke rumah di sekitar pekan Panlong.

Kesemua akik tersebut mempunyai harga yang pelbagai, ia sekitar RMB200, hingga mencapai RMB2,000. Jelasnya, koleksi yang dimilikinya kini telah mencapai 30 buah yang berusia 300 tahun, 50 buah yang berusia lebih 200 tahun, dan 100 buah yang bersejarah lebih daripada seabad. Setiap satunya menceritakan ketersambungan budaya dan kerajinan orang Hakka.

“Inti pati nilai kekeluargaan dan ketekunan Hakka terletak pada akik tersebut. Saya menghabiskan masa 50 tahun untuk membina kejayaan untuk keluarga dan diri saya sendiri. Sekarang adalah masanya untuk membuat sesuatu buat kampung halaman dan budayanya,” ujar Liu.

Ketua Parti pekan Panlong, Li Huixiong menyifatkan Liu telah mencapai sesuatu yang sangat berharga.

“Dengan mengumpul dan melindungi akik-akik tersebut, dia telah melindungi akar budaya orang Hakka. Pekan kami kini secara aktif mencari sokongan dasar dan sumber untuk membantu Liu melindungi akik-akik itu,” ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan