- Lain-lain
Sukan Dunia 2025: Chengdu Sudah Bersiap Sedia Sambut Atlet dari Seluruh Dunia
Sukan Dunia ke-12 akan berlangsung di bandar Chengdu, provinsi Sichuan China dari 7 hingga 17 Ogos 2025.
Setakat ini, 27 venue yang akan digunakan bagi Sukan Dunia kali ini telah disiapkan dan diserahkan kepada pihak penganjur, antaranya termasuk sembilan tempat pertandingan sementara yang dibina di kawasan taman tasik.
Venue pertandingan yang terletak di Taman Tanah Paya Tasik Xinglong, Daerah Baharu Tianfu Chengdu merupakan salah satu tempat pertandingan yang ikonik bagi temasya sukan kali ini.
Pertandingan seperti kayak, perahu naga, parkour dan duathlon akan diadakan di taman tersebut yang mempunyai kawasan air seluas 300 hektar.
Venue ini juga dibina secara sederhana, terdiri daripada grandstan, pusat media dan pusat pegawai teknikal untuk kegunaan sementara, dan ia sekali gus mencerminkan prinsip berhemat yang diutamakan pihak penganjur.
Sebagai temasya sukan komprehensif antarabangsa yang bertaraf paling tinggi selain Olimpik, Sukan Dunia Chengdu mempunyai 34 kategori pertandingan, melibatkan 60 acara terdiri 256 acara kecil.