欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Budaya Tai Chi Dipromosi Secara Meluas di Kaunti Wenxian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 08 Julai 2025

1.	Lokasi di mana Sungai Kuning dan Sungai Yiluo bertembung di kaunti Wenxian, di bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Kaunti Wenxian) 2.	Persembahan Tai Chi berskala besar dianjurkan di kaunti Wenxian, bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Xu Hongxing) 3.	Seorang penggiat vlog mencuba Tai Chi di kaunti Wenxian, bandar Jiaozuo, di Provinsi Henan, tengah China. (Foto oleh Wu Wei)

1. Lokasi di mana Sungai Kuning dan Sungai Yiluo bertembung di kaunti Wenxian, di bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Kaunti Wenxian)

2. Persembahan Tai Chi berskala besar dianjurkan di kaunti Wenxian, bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Xu Hongxing)

3. Seorang penggiat vlog mencuba Tai Chi di kaunti Wenxian, bandar Jiaozuo, di Provinsi Henan, tengah China. (Foto oleh Wu Wei)

Kampung Chenjiagou, yang terletak di kaunti Wenxian, bandar Jiaozuo, Provinsi Henan di tengah China, terkenal dengan Tai Chi atau Taijiquan, iaitu seni mempertahan diri China yang telah wujud sejak zaman-berzaman.

Tai Chi telah diperkenal oleh Chen Wangting, yakni artis mempertahan diri yang berkemahiran pada lewat zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan awal Dinasti Qing (1644-1911). Hari ini, ia menjadi satu kad nama bagi kaunti Wenxian.

“Semua orang di kaunti Wenxian tahu mengenai kampung Chenjiagou. Malah, ketika saya masih kecil, saya sudah tahu mengenai guru-guru Tai Chi yang tinggal di sini,” ujar Yan Shuangjun, penggiat Tai Chi di kaunti Wenxian.

Sejak Tai Chi tercipta, ia telah membangunkan pelbagai jenis gaya berasaskan Tai Chi gaya Chen. Pada Mei 2006, Tai Chi telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan di China. Pada Disember 2020 pula, ia telah memasuki Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketera Kemanusiaan UNESCO.

Hari ini, kaunti Wenxian menempatkan 52 pusat seni mempertahan diri dengan jumlah penggiatnya seramai 3,120 orang. Artis seni tersebut mengoperasikan 4,030 dewan seni mempertahan diri pusat latihan secara domestik dan antarabangsa.

Pada masa sama, Tai Chi juga giat dipromosi secara dalam talian, dengan guru-guru muda menawarkan kursus untuk menarik lebih ramai peserta.

Li Linghui, salah seorang guru muda Tai Chi yang mempromosi seni itu secara dalam talian. Dia yang merupakan anak kepada salah seorang guru Tai Chi itu telah mula mempelajari seni itu pada usia yang kecil.

Dengan memanfaatkan platform media, Li telah menjadi ikutan kepada ramai orang muda melalui penterjemahan semula pergerakan tradisional secara kreatif. Sebagai pewaris generasi ke-13 Tai Chi gaya Chen, dia telah mempunyai lebih daripada 800,000 pengikut pada platform video pendek.

Chen Bing (tiga dari kiri), seorang pewaris Tai Chi gaya Chen generasi ke-12, sedang mengajar Tai Chi kepada pelajar asing. (Foto oleh Xu Hongxing)

Chen Bing (tiga dari kiri), seorang pewaris Tai Chi gaya Chen generasi ke-12, sedang mengajar Tai Chi kepada pelajar asing. (Foto oleh Xu Hongxing)

Tai Chi diamalkan secara meluas di sekolah di seluruh daerah Wenxian. Di taman permainan sekolah menengah, guru dan pelajar berlatih Tai Chi bersama-sama, diiringi muzik yang perlahan dan menenangkan.

“Seawal 1990-an, kami mempromosikan Tai Chi dalam kelas pendidikan jasmani. Tetapi, ketika itu, ia hanya amalan rutin tradisional. Dari masa ke masa, bahan pengajaran telah dikemas kini secara beransur-ansur dan disesuaikan untuk kumpulan umur yang berbeza,” kata Wang Min, pengarah Pusat Pembangunan Budaya Seni Mempertahan Diri Tai Chi di kaunti Wenxian.

Jelas Wang, selain mempromosikan senaman Tai Chi untuk kanak-kanak dan tarian dataran Tai Chi, pengajar telah bekerjasama dengan platform kecergasan untuk membangunkan kursus melegakan tekanan dan membakar lemak, sekali gus memajukan populariti Tai Chi merentas semua peringkat umur.

Hari ini, Tai Chi diamalkan di lebih 150 negara dan wilayah, dengan ratusan juta pengamal di seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan