欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PM Li: Ekonomi China Mampu Bertahan Daripada Sebarang Kejutan Luar

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri simposium untuk perusahaan China yang beroperasi di Brazil di Rio de Janerio, Brazil pada 8 Julai 2025. (Xinhua/Wang Ye)

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri simposium untuk perusahaan China yang beroperasi di Brazil di Rio de Janerio, Brazil pada 8 Julai 2025. (Xinhua/Wang Ye)

Perdana Menteri China, Li Qiang pada Selasa berkata bahawa ekonomi China berkeupayaan penuh untuk bertahan daripada sebarang kejutan luar dan mencapai pertumbuhan stabil jangka panjang.

Ketika bertemu dengan wakil perusahaan China di Brazil, Li berkata bahawa sejak awal tahun ini, ekonomi China telah bertahan di bawah tekanan serta turut mengekalkan momentum yang positif dan berterusan.

Difahamkan, antara perusahaan dalam pertemuan tersebut adalah ketua-ketua cawangan tempatan Bank of China, Great Wall Motor, State Grid, Goldwind Sci & Tech, Gree Electric Appliances, Dahua Technology, ZTT Group dan pedagang makanan terkemuka China, COFCO.

Selepas mendengar ucapan oleh peserta, Li berkata bahawa pada tahun-tahun mutakhir ini, perusahaan China telah mempercepat kelajuan untuk beralih ke peringkat global, dan menambah baik keupayaan untuk pengeoperasian antarabangsa, sekali gus memainkan peranan yang semakin penting dalam mendorong ekonomi tempatan.

Beliau berkata, pada separuh pertama tahun ini, pertumbuhan ekonomi China telah memperlihatkan daya tahannya, dengan terdapat potensi dalam permintaan domestik dan sinar dalam inovasi.

Ketika mengulas mengenai ekonomi China yang sentiasa akan menyediakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada perusahaan China di luar negara, Li memberitahu bahawa kerajaan akan memberikan jaminan dan perkhidmatan yang lebih baik buat mereka, memperkukuh pembinaan pelbagai mekanisme dan platform buat kerjasama perdagangan dan ekonomi, selain menambah baik sistem perkhidmatan komprehensif luar negara.

Tambahnya, sokongan dasar yang lebih besar akan diperkenalkan dalam bidang seperti perundingan dasar, kewangan, insurans kredit dan keselamatan, dalam usaha untuk membina suasana lebih baik buat perusahaan serta mempermudah lagi pembangunan mereka.

Li berkata, landskap perdagangan dan ekonomi global pada masa ini sedang melalui perubahan yang ekstrim susulan peningkatan fahaman perlindungan dan sepihak, serta halangan pelaburan dan perdagangan yang kian meningkat.

Pada masa sama, beliau menjelaskan satu pusingan baharu dalam transformasi industri dan revolusi teknologi sedang maju setapak demi setapak, secara tidak langsung memperlihatkan cabaran dan peluang buat perusahaan.

Li turut menzahirkan harapan agar perusahaan China dapat mengadaptasi trend tersebut dan mengambil langkah proaktif, dengan menyatakan mereka perlu membina jenama yang kuat, memperkukuh perancangan dan menambah baik daya saing global produk ‘Made in China’ dan ‘Created in China’.

Jelas beliau, pemupukan pasaran tempatan secara mendalam agar menyediakan pengguna dengan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang memenuhi permintaan pasaran adalah penting, sambil turut menambah agar perusahaan China harus menjadikan Brazil sebagai platform untuk mengembangkan pasaran Amerika Latin dan berusaha ke arah pembangunan yang lebih besar.

Menurut Li, perusahaan China juga mesti menghormati amalan budaya, dan undang-undang setempat, beroperasi selari dengan tuntutan perundangan, secara aktif terlibat dalam tanggungjawab sosial, serta berusaha memupuk tanggungjawab dan imej yang berwibawa.

Bagi para peserta, majoritinya bersetuju untuk memberikan sepenuhnya mengikut kekuatan dan ciri-ciri masing-masing, menambah baik kerjasama, dan secara aktif bertindak terhadap pelbagai cabaran, serta terus komited untuk beroperasi mengikut undang-undang.

Mereka turut berikrar untuk terus mengembangkan keberadaan masing-masing dalam sektor seperti kewangan, tenaga, pertanian serta inovasi teknologi dan saintifik, selain menjunjung imej positif perusahaan China di luar negara, menyumbang dalam pembinaan hubungan perdagangan dan ekonomi yang lebih rapat antara China dan Brazil bersama-sama negara Amerika Latin yang lain, mencapai matlamat saling untung.

Video

Berita Berkaitan